3 Tips Beli Universal Travel Adapter

3 Tips Beli Universal Travel Adapter

3 Tips Beli Universal Travel Adapter – Panduan Ringkas Sebelum Terbang

Sebelum keluar negara, salah satu benda kecil tapi sangat penting adalah travel adapter. Plug di Europe tak sama dengan di Jepun, Malaysia tak sama dengan New Zealand — dan kalau tersalah bawa, memang susah hati nak cari di negara orang.

Masalahnya, travel adapter di pasaran ada pelbagai bentuk dan fungsi: ada yang kecil boleh cabut-cabut, ada yang besar sampai makan ruang beg. Jadi, kalau nak beli, ini 3 tip yang kami sendiri amalkan selepas bertahun-tahun travel. Di hujung artikel ini, kami juga kongsikan 3 travel adapter yang kami paling puas hati guna — dan dimana nak beli universal travel adapter ni ? nanti kami beri siap dengan link beli.


1. Pilih yang betul-betul universal

Jangan terpedaya dengan label “travel adapter” yang sebenarnya hanya sesuai di dua negara saja. Pastikan ia boleh digunakan di pelbagai jenis plug seperti A, C, G, dan I — senang cerita, dari Tokyo sampai ke Svalbard pun boleh guna. Lagi banyak negara dia cover, lagi kuranglah anda perlu beli baru setiap kali travel.

2. Cari yang ada port USB & fast charging

Sekarang zaman semua benda kena caj — telefon, laptop, kamera, powerbank, drone. Pilih travel adapter yang ada beberapa port USB, terutamanya USB-C, dan menyokong fast charging. Ia bukan sahaja jimat ruang, tapi juga buatkan anda tak perlu bawa banyak charger asing.

3. Saiz kompak, tapi tahan lasak

Kita nak travel ringan. Pilih travel adapter yang kecil, ringan, dan build quality bagus supaya tak cepat rosak. Bonus kalau boleh guna di rumah, bukan masa travel saja.


 

Pilihan Travel Adapter Kegemaran Kami

1. AUKEYAll-rounder yang lasak

Travel adapter yang dah ikut kami ke banyak negara ini masih kukuh macam baru. Ada 3 port USB-C, 2 USB-A, dan fast charging hingga 65W — cukup untuk caj laptop tanpa perlu bawa charger tambahan. Kecil, tahan lasak, dan masih berguna di Malaysia.

📌 Beli di sini

2. UGREENSlim & berkuasa

Nipis, ada converter luaran untuk pelbagai negara, dan sokong fast charging 65W. Sesuai untuk traveller yang nak bawa barang minimum tapi tetap boleh caj laptop.

📌 Beli di sini

3. MCDODOPilihan bajet

Harga mesra poket, cukup port untuk telefon & powerbank. Tak sampai 65W, tapi memadai untuk keperluan asas.

📌 Beli di sini


Kalau tip ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan travel anda. Percayalah, travel adapter yang tepat boleh jadi penyelamat bila anda jauh dari rumah.

Back to blog

Featured collection

1 of 4