Skip to product information
1 of 11

SCOTLAND

SCOTLAND

Tarikh Kembara

13 Hari 10 Malam

11 Sep - 23 Sep 2026

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 20,300 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 18,900 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 14,300 per pax
Bayi: RM 3,800 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 6,100 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 5,800 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,400 per pax
Bayi: SGD 1,200 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
  • Luggage Cover Limited Edition
  • Sweater Exclusive Rarecation

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Hari Pertama
Kuala Lumpur / Singapura - Edinburgh

Perjalanan ke tanah dongeng bermula. Dari langit Kuala Lumpur atau Singapura, kita terbang jauh ke utara menuju ke Edinburgh, kota bersejarah yang seolah-olah keluar dari lembaran novel klasik. Malam pertama, langit luar tingkap pesawat jadi kanvas mimpi-mimpi yang bakal jadi nyata.

Hari Kedua
Edinburgh - Aberdeen

Ketibaan kita disambut dengan udara sejuk yang menyegarkan dan bangunan-bangunan batu yang seolah-olah baru keluar dari halaman sejarah. Edinburgh menyapa dengan pesonanya yang klasik; lorong-lorong berbatu, seni bina gothic, dan aroma kopi yang hanyut dari kafe-kafe kecil.

Tapi ini baru permulaan. Dari sini, kita mulakan perjalanan darat ke Aberdeen, kota granit yang elegan di pesisir timur laut Scotland. Di sepanjang perjalanan, lembah hijau membentang luas, desa-desa kecil melintasi pandangan... semuanya seperti lukisan hidup yang bergerak perlahan, menyambut kita ke tanah Highland yang penuh rahsia dan legenda.


Hari Ketiga
Dunnottar Castle Exploration

Bersiaplah untuk salah satu lokasi paling dramatis di Scotland.

Di hadapan kita, berdiri megah Dunnottar Castle — sebuah istana purba yang terletak di atas tebing curam, dikelilingi lautan bergelora dan kabus yang menyelubung. Bunyi ombak menghentam batu di bawah, angin laut menerpa wajah... dan saat itu, terasa seolah kita berada di dalam cerita dongeng klasik.

Langit kelabu. Dinding batu yang reput oleh masa. Tapi di sinilah kita dapat rasakan betapa kuatnya sejarah, dan betapa kecilnya manusia di hadapan alam.

Hari Keempat
Aberdeen - Inverness - Loch Ness

Pernah tak kita bayangkan diri kita berdiri di tepi tasik yang menyimpan rahsia ratusan tahun?

Hari ini kita menuju ke Inverness, kota kecil yang menjadi pintu masuk ke tanah Highland yang liar dan mistik. Dalam perjalanan, kita akan singgah di Loch Ness. Sebuah tasik yang dalam dan luas, terkenal di seluruh dunia kerana satu makhluk legenda: Nessie, raksasa air misteri yang kononnya menghuni dasar tasik ini sejak sekian lama.

Airnya gelap, tenang dan dalam... sangat dalam. Dan saat berdiri di tebingnya, kita mesti akan faham kenapa orang dulu-dulu percaya sesuatu sedang bersembunyi di bawah permukaan.

Ini bukan sekadar pemandangan, tapi ini kisah mitos yang hidup.

Hari Kelima
Inverness - Urquhart Castle - Fort Augustus

Di sinilah masa seakan berjalan perlahan.

Kita akan mengunjungi Urquhart Castle, yang berdiri sunyi di tepi Loch Ness; saksi bisu kepada ratusan tahun sejarah, perang, dan kehilangan. Dindingnya sudah banyak yang runtuh, tapi auranya masih utuh.

Petangnya, kita berlabuh di Fort Augustus, pekan kecil yang indah di hujung tasik. Sungai mengalir perlahan, burung-burung terbang rendah dan suasana yang buat kita rasa sangat menenangkan. Rasa seperti tak nak balik ke dunia nyata. 


Hari Keenam

Inverness - Isle of Skye

Langitnya kelabu. Jalannya sunyi. Tapi inilah pintu masuk ke dunia magis iaitu Isle of Skye.

Perjalanan hari ini membawa kita ke pulau yang terkenal sebagai antara tempat tercantik di dunia. Jalan berliku-liku di antara lembah dan gunung, melewati air terjun rahsia dan rumah-rumah batu yang seolah-olah ditinggalkan masa.

Dan bila akhirnya kita menyeberang ke Skye, rasa seperti memasuki dunia lain. Dunia di mana waktu tak tergesa, dan alam menulis ceritanya sendiri.

Hari Ketujuh
Trekking to Fairy Pools

Trekking hari ini membawa kita ke Fairy Pools, kolam-kolam jernih berwarna biru kehijauan di kaki gunung Cuillin. Airnya sejuk dan sebening kristal, mengalir di celah batu dan membentuk aliran kecil yang menyanyi bersama angin.

Ada yang percaya tempat ini dihuni pari-pari. Mungkin dongeng. Tapi bila berdiri di tepinya, dengan kabus halus melayang dan cahaya matahari menari atas permukaan air… ia memang terasa seperti magis.


Hari Kelapan
The Storr

Batuan raksasa berdiri membisu di bawah kabut, seolah menjaga rahsia bumi sejak ribuan tahun.

Hari ini kita mendaki ke The Old Man of Storr, salah satu ikon semula jadi paling dikenali di Isle of Skye. Setiap langkah ke atas, pemandangan jadi semakin luar biasa — gunung, laut dan langit bertemu dalam satu panorama yang sukar diungkap.


Hari Kesembilan 
Isle of Skye - Edinburgh

Di pagi yang tenang, kereta kita meluncur perlahan di jalan berbatu, meninggalkan pulau yang terasa seperti mimpi.

Hari ini kita kembali ke Edinburgh, tapi setiap kilometer pulang dipenuhi memori. Air terjun yang tidak dirancang, kabus yang menyambut senyap, lembah-lembah yang kita kagumi, dan langit Scotland yang tidak pernah mengecewakan.

Hari Kesepuluh
Edinburgh Exploration

Edinburgh, sebuah kota yang mempunyai dua sisi: klasik dan kontemporari, mistik dan berbudaya.

Kita akan menyusuri lorong-lorong berbatu Royal Mile, memanjat Arthur’s Seat untuk melihat seluruh kota dari atas, dan mungkin… berhenti di kafe-kafe kecil dengan muzik jazz lembut di latar.

Hari Kesebelas
Edinburgh Castle

Di sinilah jantung kota Edinburgh berdetak sejak berabad lamanya.

Edinburgh Castle, berdiri di puncak batu karang, menghadap seluruh kota seperti seorang penjaga setia. Dindingnya menyimpan kisah-kisah lama dari raja-raja hingga revolusi. Kita melangkah masuk bukan sebagai pelawat, tapi sebagai saksi kepada warisan satu bangsa. 


Hari Kedua Belas - Ketiga Belas
Edinburgh - Kuala Lumpur / Singapura


Langit hari ini merupakan langit terakhir di Scotland — biru kelabu, dengan udara sejuk yang kita dah mula terbiasa. Kita akan meninggalkan Edinburgh, tapi setiap memori akan kekal segar. Jalan sunyi di Skye, hembusan angin di tebing istana, dan gelak tawa yang kita kongsi sepanjang perjalanan. Kita akan menaiki penerbangan pulang ke tanah air. 

Kenangan kita sepanjang 13 hari ini bukan sekadar foto atau video. Ia hidup dalam cerita yang akan kita ulang semula, dalam senyum yang hadir bila teringat kembali momen-momen lucu bersama kapten dan juga ahli kumpulan. 

 

View full details